jump to navigation

Buku: Jelaskan Wadah, Perbaharui Tekad – Anwar Ibrahim August 23, 2010

Posted by Pelapor in Uncategorized.
trackback

JELASKAN WADAH, PERBAHARUI TEKAD

Buku berupa Monograf Dakwah 1 terbitan bersama IKDAS-ABIM ini adalah usaha untuk mengetengahkan semula idea-idea penting dalam perkembangan dakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ucapan Dasar pertama selaku Presiden ABIM ini dikirimkan oleh Sdr. Anwar Ibrahim dari Penjara Kemunting (sebagai tahanan ISA) dan dibacakan oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor, pemangku Presiden ABIM pada tahun 1975. Pandangan-pandangan beliau yang ketika itu hanya berumur 28 tahun cukup bermakna dan masih relevan untuk diteliti dan dihayati oleh generasi muda Islam hari ini, khususnya bagi para pendukung gerakan Islam.

Penulisnya, Anwar Ibrahim bukanlah tokoh yang asing bagi kita semua. Bermula dengan penampilannya pada zaman mahasiswa di Universiti Malaya sebagai Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), beliau kemudian menyandang jawatan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Beliau dan rakan-rakannya menubuhkan ABIM pada tahun 1971. Semasa memimpin ABIMlah kepemimpinannya benar-benar terserlah.

Selain daripada gaya berpidatonya yang cukup memikat, idea dan bahan-bahan yang diketengahkan oleh beliau begitu bernas dan kena pada waktunya. Isu-isu seperti kemiskinan, keadilan sosial, Islam sebagai ad-Din yang syumul (cara hidup yang menyeluruh), sekularisasi, dakwah, pendidikan dan pembangunan insan amat dekat di hati beliau. Kupasannya yang tajam dan sarat dengan hujah-hujah yang berautoriti menyebabkan beliau dilihat sebagai pemimpin masa hadapan, sehingga pernah dilamar oleh Tun Razak untuk menyertai UMNO pada tahun 1970-an lagi, tetapi ditolak oleh beliau. Sebaliknya beliau sanggup merengkok dalam penjara demi menegakkan prinsip perjuangannya yang berlandaskan Islam dan keadilan sejagat.

Penulis: Anwar Ibrahim
Harga
Semenanjung RM10.00
Sabah dan Sarawak RM11.00
Belanja pos RM5.00

Pesanan dan Bayaran hendaklah dibuat atas nama WAN MOHD JOHARI BIN WAN OMAR ac CIMB No. 1460 0004184 529 dan jika dah bankin bayaran sila maklumkan melalui sms kepada 016 2034897/ 012 9691715 atau emailkan dan sertakan maklumat kepada email panglima.waejo@gmail.com

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a comment