jump to navigation

Buku Ketuanan Melayu January 13, 2012

Posted by Pelapor in Uncategorized.
add a comment

Advertisements

Buku Dialog Khalid Samad dan Paderi November 8, 2011

Posted by Pelapor in Iklan Berbayar.
Tags:
add a comment

image

Buku Polemik Piagam Madinah
Penyusun Ustaz Wan Ji Wan Hussin
Terbitan Sekolah Pemikiran As- Syatibi
Harga: RM8.00
Belanja Pos: RM6.00

Jika Ingin mendapatkan buku tersebut, Bayaran hendaklah dibuat atas nama WAN MOHD JOHARI BIN WAN OMAR ac CIMB No. 1408 1286764 529 dan jika dah bankin bayaran sila maklumkan melalui sms kepada 016 2034897 atau emailkan dan sertakan maklumat kepada email panglima.waejo@gmail.com

Buku: MOTIVASI DAN PENGARUH SABAR MENURUT AL-QUR’AN August 25, 2010

Posted by Pelapor in Uncategorized.
1 comment so far

MOTIVASI DAN PENGARUH SABAR MENURUT AL-QUR’AN

Buku karangan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi ini membicaran sifat sabar secara terperinci berdasarkan al-Qur’an.. Bagi Islam, sabar boleh menstabilkan emosi. Allah S.W.T. berfiman: “Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu” (al-Baqarah: 153) dan “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu” (Ali Imran: 200). Pujangga menyatakan bahawa “barang siapa yang membuat sebarang keputusan atau tindakan semasa emosi tidak stabil, keputusan atau tindakan itu selalunya salah dan merugikan.” Akibat tidak sabar, pelbagai perkara buruk boleh terjadi. Sesungguhnya sabar adalah sumber motivasi dan kekuatan pengaruh sabar cukup penting dalam menghadapi cabaran kehidupan. Dalam menghadapi pelbagai masalah kehidupan, sifat sabar amat signifikan. Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengulas sifat sabar dalam bentuk tafsir ayat-ayat al-Qur’an dengan cukup berkesan. Buku ini amat penting untuk dimiliki oleh semua pendukung perjuangan Islam, khususnya bagi memperkukuhkan sifat dan mengekalkan sikap sabar.

Penulisnya Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi merupakan seorang ulama yang tersohor di dunia Islam. Al-Jazeera menyiarkan Program Syariah dan Kehidupan beliau dan ditonton oleh lebih 40 juta orang di seluruh dunia. Beliau berjaya menghafal al-Qur’an ketika berumur 9 tahun. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga mendapat Ph.D kelas pertama pada tahun 1973. Beliau aktif berdakwah dan pernah dipenjarakan sebanyak tiga kali antara tahun 1949 – 1961. Beliau kemudian meninggalkan Mesir dan menetap di Qatar. Beliau merupakan pakar syariah dan pemikir islam antarabangsa. Beliau telah menulis lebih 80 buah buku dan memberikan syarahan di seluruh dunia. Antara bukunya yang terkenal ialah al-Halal wal-Haram fil islam, Fi Fiqh al-Awlawiyyat, Fiqh al-Zakat dan Fatwa Mu’aserah. Pemikiran beliau amat relevan untuk generasi masakini.

Penulis: Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Harga SM RM15.50 SS16.50
Belanja Pos RM5.00

Pesanan dan Bayaran hendaklah dibuat atas nama WAN MOHD JOHARI BIN WAN OMAR ac CIMB No. 1460 0004184 529 dan jika dah bankin bayaran sila maklumkan melalui sms kepada 016 2034897/ 012 9691715 atau emailkan dan sertakan maklumat kepada email panglima.waejo@gmail.com

Buku: POLEMIK ISU KALIMAH ALLAH: ANTARA TARGHIB DAN TARHIB August 25, 2010

Posted by Pelapor in Uncategorized.
add a comment

POLEMIK ISU KALIMAH ALLAH: ANTARA TARGHIB DAN TARHIB

Sejak November 2009, umat Islam di Malaysia dilanda keresahan akibat keputusan mahkamah membenarkan tuntutan penggunaan kalimah “Allah” di dalam penerbitan akhbar Herald. Pelbagai pandangan dan bantahan dikemukakan, sama ada oleh parti-parti politik mahupun NGO. Ternyata jika isu ini tidak ditangani dengan cermat dan berhati-hati, ia boleh membawa kepada bahaya dan mudharat yang lebih besar. Ini kerana salah-faham dan kejulingan tanggapan terhadap isu ini dan bagaimana cara ia ditangani akan tambah mengelirukan umat. Tentulah isu ini memerlukan penjelasan, lebih-lebih lagi penjelasan ilmiah dan berpegang kepada kebenaran; bukannya reaksi berbentuk emosional semata-mata. Tulisan Dr. Muhammad Nur Manuty dan Ustaz Wan Ji Wan Hussin ini amat penting diketengahkan sebagai satu usaha yang konsisten bagi tujuan ini. Amat jelas dan nyata penggunaan kalimah “Allah” tidak pernah dihalang oleh mana-mana nas dalam Islam. Pendapat-pendapat tertentu yang dikira berbeza hanyalah kerana mengambilkira budaya setempat (uruf al-balad). Itupun, bilangan yang menyokongnya dikira kecil. Penerbitan buku ini adalah sebahagian daripada usaha penjelasan dan penjernihan salah-faham terhadap isu penggunaan kalimah “Allah” oleh non-Muslim. Buku ini menwarkan kupasan yang dapat menjelaskan salah faham tentang isu ini secara mendalam.

Penulisnya Dr. Muhammad Nur Manuty adalah mantan Presiden ABIM (1991-1997). Beliau mendapat pendidikan menengah di Kolej Islam Klang dan kemudian melanjutkan pelajaran di UKM, MA dan Ph.D di Temple University, Philadelphia. Beliau pernah berkhidmat di UKM dan UIAM sebagai pensyarah kanan. Manakala Ustaz Wan Ji Wan Hussin pula adalah lulusan Jamiah Farooqiyyah, Karachi, Pakistan dan Universiti al-Azhar. Beliau merupakan pendakwah bebas dan menjadi penulis sepenuh masa. Antara bukunya ialah Kerajaan Pakatan Rakyat Dari Kacamata Siyasah Syar’iyyah, Belajar Dari Para Wali, Fenomena Nizar dan Kezuhudan Umar Abdul Aziz, Kesederhanaan Nik Abdul Aziz.

Penulis: Dr. Muhammad Nur Manuty dan Ustaz Wan Ji Wan Hussin
Harga SM RM17.90 SS18.90
Belanja Pos RM5.00

Pesanan dan Bayaran hendaklah dibuat atas nama WAN MOHD JOHARI BIN WAN OMAR ac CIMB No. 1460 0004184 529 dan jika dah bankin bayaran sila maklumkan melalui sms kepada 016 2034897/ 012 9691715 atau emailkan dan sertakan maklumat kepada email panglima.waejo@gmail.com

Buku: Jelaskan Wadah, Perbaharui Tekad – Anwar Ibrahim August 23, 2010

Posted by Pelapor in Uncategorized.
add a comment

JELASKAN WADAH, PERBAHARUI TEKAD

Buku berupa Monograf Dakwah 1 terbitan bersama IKDAS-ABIM ini adalah usaha untuk mengetengahkan semula idea-idea penting dalam perkembangan dakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ucapan Dasar pertama selaku Presiden ABIM ini dikirimkan oleh Sdr. Anwar Ibrahim dari Penjara Kemunting (sebagai tahanan ISA) dan dibacakan oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor, pemangku Presiden ABIM pada tahun 1975. Pandangan-pandangan beliau yang ketika itu hanya berumur 28 tahun cukup bermakna dan masih relevan untuk diteliti dan dihayati oleh generasi muda Islam hari ini, khususnya bagi para pendukung gerakan Islam.

Penulisnya, Anwar Ibrahim bukanlah tokoh yang asing bagi kita semua. Bermula dengan penampilannya pada zaman mahasiswa di Universiti Malaya sebagai Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), beliau kemudian menyandang jawatan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Beliau dan rakan-rakannya menubuhkan ABIM pada tahun 1971. Semasa memimpin ABIMlah kepemimpinannya benar-benar terserlah.

Selain daripada gaya berpidatonya yang cukup memikat, idea dan bahan-bahan yang diketengahkan oleh beliau begitu bernas dan kena pada waktunya. Isu-isu seperti kemiskinan, keadilan sosial, Islam sebagai ad-Din yang syumul (cara hidup yang menyeluruh), sekularisasi, dakwah, pendidikan dan pembangunan insan amat dekat di hati beliau. Kupasannya yang tajam dan sarat dengan hujah-hujah yang berautoriti menyebabkan beliau dilihat sebagai pemimpin masa hadapan, sehingga pernah dilamar oleh Tun Razak untuk menyertai UMNO pada tahun 1970-an lagi, tetapi ditolak oleh beliau. Sebaliknya beliau sanggup merengkok dalam penjara demi menegakkan prinsip perjuangannya yang berlandaskan Islam dan keadilan sejagat.

Penulis: Anwar Ibrahim
Harga
Semenanjung RM10.00
Sabah dan Sarawak RM11.00
Belanja pos RM5.00

Pesanan dan Bayaran hendaklah dibuat atas nama WAN MOHD JOHARI BIN WAN OMAR ac CIMB No. 1460 0004184 529 dan jika dah bankin bayaran sila maklumkan melalui sms kepada 016 2034897/ 012 9691715 atau emailkan dan sertakan maklumat kepada email panglima.waejo@gmail.com

Buku: Krisis Ketuanan Melayu – Dato’ Kamarudin Jaffar August 22, 2010

Posted by Pelapor in Uncategorized.
1 comment so far

Buku Terbaru

SINOPSIS KRISIS KETUANAN MELAYU

Krisis ‘ketuanan’ Melayu nampaknya tidak berkesudahan. Emosi dan sentimen Melayu cuba dimainkan. Ada yang berpendapat usaha perpaduan di kalangan orang Melayu perlu disegerakan, walhal apa yang berlaku sebenarnya bukanlah masalah atau krisis orang Melayu seluruhnya. Yang sedang berkrisis ialah UMNO. Orang Melayu yang sedar sebenarnya hanya mengalihkan sokongan kepada parti lain, kerana sokongan yang diberikan selama 52 tahun kepada BN dan UMNO dianggap tidak berbaloi. Rakyat sudah melihat pelbagai masalah wujud sepanjang pemerintahan BN. Nasib orang Melayu tidak dibela sepenuhnya oleh UMNO. Terdapat ramai pemimpin UMNO yang diberikan kepercayaan telah menyalahgunakan kuasa, terutama dalam mengayakan diri sendiri dan kroni masing-masing.

Penulis cuba mengupas isu ini berdasarkan pengamatan dan pengalaman yang ada. Banyak isu-isu yang cuba disembunyikan oleh pelopor isu ketuanan Melayu ini saya ulas dengan mendalam supaya rakyat, terutama orang Melayu tidak terus dikelirukan. Banyak hal yang dilontarkan oleh media arus perdana dijawab dengan fakta-fakta sebenar yang selama ini diabaikan atau sengaja diputar-belitkan. Bahan-bahan yang digunakan dalam hujah bagi menangkis kekeliruan tentang isu ini dapat dipertanggungjawabkan. Buku ini amat sesuai dibaca oleh para pemimpin, pendukung dan peminat politik negara.

Penulisnya, YB Dato’ Kamarudin Jaffar adalah Ahli Parlimen Tumpat sejak tahun 1999. Beliau pernah menyandang jawatan Setiausaha Agung PAS, dan kini merupakan AJK PAS Pusat dan Pengarah Urusan Harakah. Sebelum menceburi bidang politik, beliau adalah pensyarah kanan Sains Politik di UKM. Beliau menulis beberapa buah buku, antaranya Dr. Burhanuddin al-Helmy: Politik Melayu dan Islam (1980), Pilihanraya dan Masa Depan Politik Malaysia (1999), Memperingati Yusuf Rawa (2000), Zulkifli Muhammad: Pemikiran dan Perjuangan (2001) dan Fadzil Noor: Perjuangan dan Pemikiran (2001).

Penulis: Kamarudin Jaffar
Harga
Semenanjung RM15.50
Sabah dan Sarawak RM16.50
Belanja pos RM5.00

Pesanan dan Bayaran hendaklah dibuat atas nama WAN MOHD JOHARI BIN WAN OMAR ac CIMB No. 1460 0004184 529 dan jika dah bankin bayaran sila maklumkan melalui sms kepada 016 2034897/ 012 9691715 atau emailkan dan sertakan maklumat kepada email panglima.waejo@gmail.com

Ori Herbs August 3, 2010

Posted by Pelapor in Iklan Berbayar.
add a comment

Iklan

Kamus Al-Miftah July 27, 2009

Posted by Pelapor in Iklan Berbayar.
add a comment

kamusalmiftah Al-Azhar media

TERBAIK UNTUK YANG TERBAIK

Dapatkan Kamus Moden Al-Miftah Arab-Arab-Melayu-Inggeris yang pertama dan terulung di Malaysia
telah menjadi rujukan terbaik para profesional, guru, mahasiswa dan pelajar terutama pelajar-pelajar Syariah dan Perubatan di Mesir dan Jordan. madihah1

Kini telah terbit dalam bentuk cd software e-Miftah 2.0 sila layari kamus-almiftah untuk pengetahuan produk dan promosi terkini..

Duta Al-Miftah : Nazrey Johani, artis nasyid antarabangsa
Ikon Al-Miftah : Nik Nur Madihah, Pelajar terbaik SPM 20A
[iklanTmt280809]