jump to navigation

Buku: Krisis Ketuanan Melayu – Dato’ Kamarudin Jaffar August 22, 2010

Posted by Pelapor in Uncategorized.
trackback

Buku Terbaru

SINOPSIS KRISIS KETUANAN MELAYU

Krisis ‘ketuanan’ Melayu nampaknya tidak berkesudahan. Emosi dan sentimen Melayu cuba dimainkan. Ada yang berpendapat usaha perpaduan di kalangan orang Melayu perlu disegerakan, walhal apa yang berlaku sebenarnya bukanlah masalah atau krisis orang Melayu seluruhnya. Yang sedang berkrisis ialah UMNO. Orang Melayu yang sedar sebenarnya hanya mengalihkan sokongan kepada parti lain, kerana sokongan yang diberikan selama 52 tahun kepada BN dan UMNO dianggap tidak berbaloi. Rakyat sudah melihat pelbagai masalah wujud sepanjang pemerintahan BN. Nasib orang Melayu tidak dibela sepenuhnya oleh UMNO. Terdapat ramai pemimpin UMNO yang diberikan kepercayaan telah menyalahgunakan kuasa, terutama dalam mengayakan diri sendiri dan kroni masing-masing.

Penulis cuba mengupas isu ini berdasarkan pengamatan dan pengalaman yang ada. Banyak isu-isu yang cuba disembunyikan oleh pelopor isu ketuanan Melayu ini saya ulas dengan mendalam supaya rakyat, terutama orang Melayu tidak terus dikelirukan. Banyak hal yang dilontarkan oleh media arus perdana dijawab dengan fakta-fakta sebenar yang selama ini diabaikan atau sengaja diputar-belitkan. Bahan-bahan yang digunakan dalam hujah bagi menangkis kekeliruan tentang isu ini dapat dipertanggungjawabkan. Buku ini amat sesuai dibaca oleh para pemimpin, pendukung dan peminat politik negara.

Penulisnya, YB Dato’ Kamarudin Jaffar adalah Ahli Parlimen Tumpat sejak tahun 1999. Beliau pernah menyandang jawatan Setiausaha Agung PAS, dan kini merupakan AJK PAS Pusat dan Pengarah Urusan Harakah. Sebelum menceburi bidang politik, beliau adalah pensyarah kanan Sains Politik di UKM. Beliau menulis beberapa buah buku, antaranya Dr. Burhanuddin al-Helmy: Politik Melayu dan Islam (1980), Pilihanraya dan Masa Depan Politik Malaysia (1999), Memperingati Yusuf Rawa (2000), Zulkifli Muhammad: Pemikiran dan Perjuangan (2001) dan Fadzil Noor: Perjuangan dan Pemikiran (2001).

Penulis: Kamarudin Jaffar
Harga
Semenanjung RM15.50
Sabah dan Sarawak RM16.50
Belanja pos RM5.00

Pesanan dan Bayaran hendaklah dibuat atas nama WAN MOHD JOHARI BIN WAN OMAR ac CIMB No. 1460 0004184 529 dan jika dah bankin bayaran sila maklumkan melalui sms kepada 016 2034897/ 012 9691715 atau emailkan dan sertakan maklumat kepada email panglima.waejo@gmail.com

Advertisements

Comments»

1. Azhari Bin Ahmad - September 29, 2010

Saya nk pesan buku ketuanan melayu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: